Friday, August 9, 2013

Happy Eid Mubarak :)

assalamualaikum wahai blogger2 sekalian..'
okay,sebelum apa2,saya di sini..ingin mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri 1434 Hijrah :) muehehehhe...enjoy your Eid and to all #TEAMSPM2013 #TEAMSBP ..jangan lupa janji kita 21 august ini,ye :) 
 orait..hmmm..wow..dah berdebu dah blog ni,amboinya..maklumlah,dah agak lama tak update,busy lah katakan..(org lain pun busy juga boleh je update)..hehehe..bukan apa,kita kalau dah busy on something tu,itu jelah fokusnya...nak2 bila dah nak SPM ni..lagilahhh..ni pon tiba-tiba terdetik nak update blog..mulanya sekadar nak jenguk2 je perkembangan blog,wahhh!ramai betul yang post pasal raya..hahahahha...

hmmm,akhirnya berakhir juga Ramadan..rindu lah pulak,berbuka sama2 dengan budak2 seseri....solat tarawih sama2..pergi 'bazaar' sama2..hahahaa...since this is our last year,so i'm cherishing every moment in SESERI...teringat dulu2 ..punyalah kutuk2 sekolah ni..sekarang dah sayang...yelahhh..biasalah tu..hati remaja memberontak,tapi bila dah mula matang,lama2 berubah lah tu...
 tahun ini,sangat manis :) nak2 bila ad classmate yang awesome-colliddat V PRIMADORIBAN GIRLS..hahahhahahaaa...honestly i love them with all my life..they're my X-Factor why i'm still here in seseri..humor me?i started to focus more in my class when i'm with them..XVD is everything for me..i dont know what'll happen to me when we're separate....4 months left for us to be together,and i thought of documenting our journeys :) but whatever it is,people come and go right?we have to accept the fact(that we still in contact) about that..hrmmmm....
so,there are so many things that i am willing to share here,but time is ticking..gtg..trip to Penang(which is unfavourable for me) LOL! have a nice day ppl :) oh yeah,dont give too much passion towards firecrackers.okay?they worth least (Y) hahaha...Happy Eid Malaysians and.,, those who celebrate it all around the world :)

Wednesday, December 12, 2012

We love Malaya Tigers! ngauummmm..


gambar ni saya lukis special for Malaya Tigers Team :) i always support you guys and i love Malaysia Football Team! keep your faith on your heart and put your trust and hope on Allah SWT cuz he's always there for us :)

Fly Tigers..FLY!!

(tak silap saya pesawat ni milik Dato Tony Fernandez)

SEMANGAT ...........

HARIMAU MALAYA !!

Queen Of Strike

assalamualaikum..
haii..ni cheq nak kabaq ckit kat hangpa smua..
perhrh..nk jugak speaking utara..hahhahaa

Queen Of Strike wtf??
okay gini cerita dia..
haritu my families belah ayah ada buat Family Day berupa bowling tournament..
well,it was my first time join cuz the first edition tu x dpt join..kat asrama(what to do... :( )
LOL !
hihihihi..
so,dalam match tu saya satu team dengan my abg sepupu ipar(??) and my cousin..
kitorang main banyak longkang!!wakakkaa..but my kezen hebat lah..
point boleh smpai 100+..
but me? saya banyak strike..and juga banyak msuk longkang~!
that's why i got the Queen of Strike and the last place for women category,,hehehheheheh!!!lawak..lawakk..sangat lawak..
siapa sangka?
well,syukur Alhamdulillah..beza dgn King Of Strike juz 2 strike je..LOL!
but im soooooo happy! really xD..one of my best days :))
huehuehueeee...
hope we can organise another awesome activities like that :)


tadaaa!!! hahahhaaha..LOLss..shhhh..juz our secret *whispering*

Perang phsycology Bermula-Kosmo!

BANGKOK - Padang sekolah pun jauh lebih elok!Demikian nasib Harimau Malaya yang terpaksa menjalani latihan sulung di bumi Bangkok dalam keadaan padang yang serba daif petang semalam.
Ia ekoran padang awam Jaran Buraprat itu yang disediakan Thailand semalam cukup menyedihkan sehingga menyukarkan pengendali negara, Datuk K. Rajagobal merencana strategi menjelang aksi separuh akhir kedua kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Supachalasai di sini malam esok.
Selain terpaksa menjalani latihan secara terbuka sehingga memberi ruang kepada media Thailand 'mengintip' kekuatan skuad negara, tiada bilik persalinan disediakan selain permukaan padang yang teruk.
Sama ada tiada padang lain yang lebih sempurna, layanan buruk itu dilihat seolah-olah perang psikologi daripada tuan rumah bagi melemahkan moral skuad negara, tambahan pula Thailand kini memiliki kelebihan gol di tempat lawan selepas berjaya melakar keputusan seri 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.
Pengurus pasukan negara, Datuk Seri Subahan Kamal ternyata kecewa dengan layanan 'kelas kedua' yang diberikan pihak negara Gajah Putih berhubung perkara itu.
"Sudah tentu ia jauh berbeza daripada apa yang diberikan kami kepada Thailand sebelum ini.
"Keadaan padang memang teruk, itu belum dikira soal keselamatan pemain negara.
"Saya memang tidak menyangka Thailand hanya menyediakan kami padang awam seperti ini," katanya semalam.
Subahan memberitahu, mereka mungkin terpaksa menjalani latihan ringan di pekarangan Hotel Golden Tulip Sovereign (tempat penginapan Harimau Malaya) pagi ini memandangkan hanya dapat menjalani latihan di Stadium Supachalasai pada sebelah malam.
"Kami telah mengemukakan aduan berhubung perkara itu kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand kerana padang itu memang tidak sesuai langsung dijadikan tempat latihan mana-mana pasukan kebangsaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2EqWixEMi 
Hakcipta terpelihara 

Layanan Kelas Ketiga- Utusan Malaysia


Pemain kebangsaan menjalani latihan di sebuah padang awam yang 

kurang sempurna di Bangkok, semalam sebagai persediaan untuk separuh 

akhir kedua Piala Suzuki AFF, esok.


BANGKOK - Belum pun berdepan ujian sebenar, Harimau Malaya 

menempuh dugaan awal daripada tuan rumah, Thailand untuk aksi 

separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF esok, apabila diberikan layanan 

kurang memuaskan kerana terpaksa mengadakan sesi latihan di padang 

yang kurang sempurna.

Padang latihan yang disediakan bukan sahaja tidak rata, malahan tiang 

golnya juga patah.

Padang berkenaan turut digunakan orang awam untuk bermain bola 

sepak dan terletak bersebelahan laluan kereta api aliran ringan (LRT).

Suasana yang dihadapi pemain mengundang dukacita pengurus pasukan, 

Datuk Subahan Kamal kerana menganggap ia layanan kurang mesra 

ketika Malaysia merangka strategi untuk separuh akhir kedua dengan 

Thailand esok.

"Saya amat terkejut dengan layanan tuan rumah dan telah 

mengemukakan aduan kepada Persatuan Bola Sepak ASEAN dan 

Persatuan Bola Sepak Thailand (FTT) mengenai padang latihan yang 

disediakan.

"Kami hanya diberikan padang awam yang turut digunakan oleh orang 

biasa. Keadaan rumput juga berbahaya untuk pemain menjalani latihan 

secara insentif kerana bimbang mendapat kecederaan.

"Ini menyukarkan jurulatih, Datuk K. Rajagobal melakukan perancangan 

taktikal petang ini kerana tempat latihan yang terlalu terbuka.

"Malahan kemudahan untuk menyalin baju pun tiada, cukup sedih apabila 

diberi layanan sebegini, seolah-olah tiada tanda rasa hormat kepada 

kami," katanya ketika ditemui di padang latihan Jalan Buraprat, di sini 

semalam.

Pada sesi latihan sulung itu, para pemain hanya mampu melakukan latihan 

ringan dengan penggunaan separuh padang sahaja ekoran digunakan 

oleh orang awam.

Malahan, kereta melalui tepi padang terbabit semasa latihan, yang 

menunjukkan padang itu memang tidak sesuai bagi latihan bagi sebuah 

pasukan bola sepak bertaraf kebangsaan.

Menurut Subahan, layanan tersebut memang tidak adil kerana semasa 

separuh akhir pertama di Kuala Lumpur, Persatuan Bola Sepak Malaysia 

(FAM) memberikan layanan sebaik mungkin kepada Thailand sebagai 

tetamu.

"Jika di Malaysia, kami boleh memberikan layan sebaiknya dengan hotel 

bertaraf lima bintang di samping kawalan keselamatan pihak polis 

sepanjang masa.

"Mereka juga mendapat kemudahan latihan secara tertutup di Kompleks 

Sukan Maybank, Bangi dan kita memenuhi segala keperluan yang 

dikehendaki.

"Namun, apabila kita sampai di sini... adakah kita mendapat layanan yang 

sama?," soalnya.

Perkara sama diluahkan Rajagobal yang tidak menjangka situasi itu 

berlaku dan berasa kecewa kerana tidak dapat menilai pemain yang baru 

pulih daripada kecederaan.

"Saya tidak boleh nafikan ini merupakan satu bentuk gangguan kepada 

persiapan kami tetapi tidak mahu fikirkan perkara ini terlalu serius, kita 

kena anggap ini satu cabaran sebelum berdepan Thailand," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121212/su_01/Layanan-kelas-ketiga#ixzz2EqUVY8Yn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ultras Malaya ekor Harimau Malaya-BH

 Ultras Malaya  akan bertolak  ke Bangkok dari Stadium Nasional Bukit Jalil  pada awal pagi ini untuk bakar semangat Harimau Malaya.

Kuala Lumpur: Meskipun tiada Curva 1Q, sorakan kira-kira 300 komrad Ultras Malaya 

akan tetap bergema buat menyuntik tenaga tambahan bagi pemain Malaysia di tengah 

padang Stadium Supachalasai, Bangkok, malam esok.

Penyokong setia Harimau Malaya itu akan muncul di stadium berkenaan bagi memberi 

perangsang kepada skuad negara pada aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 

menentang Thailand. 

Wakil kumpulan itu, Redzuan Ahmad, berkata beberapa bas yang membawa penyokong 

Ultras Malaya akan bertolak dari Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada awal pagi ini, 

selain negeri di Utara tanah air. 


Selain itu, katanya, ada penyokong yang menaiki kereta api dan penerbangan terus ke 

Thailand pada hari perlawanan esok.

“Kami akan memberi bentuk sokongan seperti biasa dengan melakukan chant (laungan lagu 

patriotik) sambil mengibarkan panji membangkitkan semangat juang barisan pemain beraksi 

di padang.

“Sorakan selama 90 minit perlawanan pasti berkumandang di Stadium Supachalasai 

meskipun kami tiada Curva 1Q seperti di SNBJ.

“Kami tidak akan pernah gerun walaupun dikepung sorakan pasukan Siam,” katanya 

dikenali sebagai Capo (ketua) dalam Ultras Malaya kepada BH, semalam.